Sila log masuk terlebih dahulu.

Lapan tuntutan KRPPM-IGAR dikemukakan di Parlimen

25 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 25 OKTOBER 2023

Ahli Parlimen Jerantut, Ir Khairil Nizam Khirudin telah mengemukakan lapan tuntutan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) - Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR) berhubung mereformasi institusi untuk diberi perhatian oleh kerajaan di Parlimen pada Khamis.

Beliau yang juga merupakan ahli jawatankuasa kumpulan berkenaan menegaskan bahawa, lapan tuntutan itu jika tidak dikemukakan di Parlimen dan tidak dilaksanakan nanti, akan menjadi ‘dosa besar’ kepada rakyat.

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Krau Kamal Ashaari ketika turut membahaskan isu berkenaan berkata, pihaknya senantiasa memegang mandat rakyat untuk memastikan kerajaan berada dijalur yang benar dan kritis dengan setiap keutamaan reformasi undang-undang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/631292/berita/nasional/lapan-tuntutan-krppm-igar-dikemukakan-di-parlimen

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa