Semua pihak harus cakna isu keselamatan negara

Hazani (depan) memeriksa perbarisan kawad statik pelajar sebelum merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK Sik pada Isnin.
Hazani (depan) memeriksa perbarisan kawad statik pelajar sebelum merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK Sik pada Isnin.
A
A
A

SIK - Peranan menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam bukanlah terletak sepenuhnya pada tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) semata-mata malah perlu dicakna semua peringkat masyarakat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, masyarakat berperanan menjadi mata dan telinga PDRM dengan memantau dan memaklumkan sekiranya menyedari terdapat perkara yang menyalahi undang-undang.

"Keselamatan bukan sebulat-bulatnya bawah tanggungjawab polis, ia peranan bersama tak kira siapa.

Demonstrasi serang hendap kenderaan mendapat perhatian ramai.
Demonstrasi serang hendap kenderaan mendapat perhatian ramai.



"Tujuannya supaya kita peduli, cakna... mula-mula kita tengok rumah kita dulu keluarga kita, isteri, anak, mak bapa, lepas tu jiran," katanya selepas merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sik di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Hazani berkata, peranan itu juga harus diberi pendedahan bukan sahaja kepada golongan dewasa malah belia dan pelajar sekolah.

Hazani (depan) beramah mesra bersama pelajar.
Hazani (depan) beramah mesra bersama pelajar.

"Kes dadah, sebagai contoh tanggungjawab bersama masyarakat untuk membendung dan memaklumkan kepada polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan sebagainya... bahawa orang ni terlibat dengan dadah atau sindiket tertentu.

Artikel Berkaitan:

"(Contoh lagi) rumah ini berkurung, namun tiba-tiba asap keluar kena maklum juga, kalau tak bersalah, tak apalah, kalau bersalah kita ambil tindakan sewajarnyalah, 'that's why' saya cakap (peribahasa) jaga tepi kain tu kena tukar," jelasnya.

Dalam majlis berkenaan, seramai lebih 2,000 pengunjung hadir ke SMK Sik bagi menyaksikan demonstrasi sempena Community Polising Sik Kedah 2023 yang turut berlangsung di lokasi sama.

Antaranya, Pertunjukan Unit Anjing Pengesan PDRM (K9), Demonstrasi serang hendap kenderaan, Pertunjukan payung terjun, Pameran Unit Narkotik, Unit Trafik, Unit Dron dan VAT 69 Komando.