Aaron-Wooi Yik juara Terbuka Denmark

Aaron-Wooi Yik juara Terbuka Denmark. - Foto AGENSI
Aaron-Wooi Yik juara Terbuka Denmark. - Foto AGENSI
A
A
A

[DIKEMAS KINI] BEREGU nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara badminton Terbuka Denmark selepas menjinakkan beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dalam perlawanan akhir pada Ahad.

Set pertama Aaron-Wooi Yik yang berstatus nombor empat dunia tampil garang untuk menang 21-13 dalam aksi di Arena Jyske Bank, Odense tersebut.

Bagaimanapun set kedua Aaron-Wooi Yik yang mendapat tonik semangat disaingi sengit beregu nombor 14 dunia tersebut sebelum menang 21-17 dalam masa 33 minit untuk gelaran pertama Siri Jelajah Dunia dalam karier.

Kejayaan fantastik di bumi Denmark itu menyaksikan ia merupakan gelaran pertama diraih Aaron-Wooi Yik selepas mengharungi enam final Siri Jelajah Dunia termasuk tiga pada tahun ini.



Sebagai rekod, kali terakhir beregu sensasi negara tersebut beraksi di pentas perlawanan akhir adalah pada Terbuka China, September tahun lalu.

Keputusan di kejuaraan Super 750 juga itu melebarkan lagi rekod empat pertemuan kedua-dua beregu sebelum ini memihak kepada gandingan dari Malaysia tersebut membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$62,900 (RM299,875).

Artikel Berkaitan:


Aaron-Wooi Yik sebelum itu mara ke pentas perlawanan akhir selepas menyingkirkan cabaran pemain tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam aksi 56 minit.

Aaron-Wooi Yik mengambil masa 56 minit untuk bangkit dari kekalahan set pertama 16-21, untuk menang dua set berikutnya, 21-15, 21-15.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik berdepan Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana yang menewaskan gandingan senegara, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-11, 16-21, 21-12, dalam aksi 54 minit.