Sila log masuk terlebih dahulu.

Hospital USIM akan dibina, siap dalam lima tahun

22 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 22 OKTOBER 2023

Kerja-kerja pembinaan kompleks Hospital Pengajar Universiti (HPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Sedili, Kota Tinggi, Johor akan bermula tahun hadapan dengan melibatkan kos berjumlah RM938 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pembinaan HPU itu akan dilaksanakan menerusi dua fasa dan dijangka siap sepenuhnya dala tempoh lima tahun.

Katanya, ketika ini pihak KPKT sedang dalam proses mengenal pasti tapak selain melihat keadaan tanah bagi memastikan kesesuaian pembinaan hospital berkenaan di kawasan berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630755/edisi/johor/hospital-usim-akan-dibina-siap-dalam-lima-tahun

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaMojo