Sila log masuk terlebih dahulu.

Kesihatan Rafizi makin pulih - Dr Zaliha

21 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 21 OKTOBER 2023

Keadaan kesihatan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli semakin pulih selepas menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ketika ditanya mengenai keadaan kesihatan Ahli Parlimen Pandan itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di Dewan Seri Perdana ILKKM Sultan Azlan Shah di sini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630623/Kesihatan%20Rafizi%20makin%20pulih%20-%20Dr%20Zaliha