Hamas bebaskan dua tahanan rakyat AS

Judith (dua dari kanan) dan anak perempuannya, Natalie dibebaskan Hamas selepas ditahan selama dua minggu di Gaza. - Foto Agensi
Judith (dua dari kanan) dan anak perempuannya, Natalie dibebaskan Hamas selepas ditahan selama dua minggu di Gaza. - Foto Agensi
A
A
A

GAZA CITY - Kumpulan Hamas membebaskan dua tahanan Amerika Syarikat (AS) iaitu ibu serta anak perempuannya pada Jumaat.

Dua beranak tersebut iaitu Judith dan anaknya, Natalie Raanan kemudian diserahkan kepada Palang Merah sebelum dibawa ke Israel selepas ditahan selama dua minggu di Gaza.

Briged Izz Al-Din Al-Qassam dalam satu kenyataan berkata, mereka telah dibebaskan atas sebab kemanusiaan sebagai tindak balas kepada usaha pengantaraan Qatar dan Mesir.

"Pembebasan ini membuktikan kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa dakwaan yang dibuat oleh Presiden Joe Biden dan pentadbiran fasisnya adalah palsu dan tidak berasas," kata jurucakap, Abu Obaida.

Judith, 59, dan Natalie, 17, ditahan sebagai tebusan selepas pejuang Hamas menyusup masuk ke beberapa bandar Israel dalam Operasi taufan al-Aqsa pada 7 Oktober lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: