Lam Thye gesa konflik Palestin-Israel ditamatkan segera

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye
A
A
A

SHAH ALAM – Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye mengutuk sekerasnya-kerasnya serangan ganas Israel terhadap orang awam di Palestin hinggakan hospital di bom dan melibatkan ratusan kemalangan serta kehilangan nyawa.

Menurutnya, keganasan yang berlaku terhadap rakyat Palestin harus dihentikan bagi mengelak lebih banyak nyawa terutama kanak-kanak melayang.

“Sudah tiba masanya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjalankan fungsinya untuk membawa kedua-dua entiti ini duduk semeja dan mencari jalan penyelesaian tanpa perselisihan faham.

“Negara lain tidak perlu campur tangan bagi menyemarakkan lagi api kebencian dan kemarahan yang boleh menambah luka serta duka jiwa yang tidak berdosa,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, peperangan perlu segera ditamatkan kerana ia diumpamakan seperti gajah bergaduh pelanduk mati di tengah-tengah.

Artikel Berkaitan: