Sila log masuk terlebih dahulu.

Bahas Marzuk tiada sangkaan jahat

18 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 18 OKTOBER 2023

Setelah mengkaji keterangan-keterangan yang ada, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor berpendapat kenyataan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How itu terbukti jelas.

Kandungan perbahasan Datuk Ahmad Marzuk pada Selasa, berhubung isu tafsiran ayat al-Quran oleh Howard Lee tidak mempunyai ciri-ciri sangkaan jahat seperti dibangkitkan.

Datuk Ramli ketika memutuskan perkara itu berkata, berdasarkan rakaman perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024 petang Selasa, beliau mentafsir ucapan Datuk Ahmad Marzuk tidak menjangkau sangkaan jahat berikutan isu tafsiran ayat al-Quran yang dikaitkan dengan sangkaan jahat itu memang sudah berlaku dan berlegar di media massa di luar Dewan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen