Guan Eng saran pertimbang semula cadangan berkaitan SST

Guan Eng
Guan Eng
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran untuk mempertimbangkan dan menangguhkan cadangan berkenaan cukai (jualan dan) perkhidmatan (SST) buat masa ini berikutan dikhuatiri akan memberi kesan kepada rakyat, kata Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

"Kalau kita kata logistik, ini akan memberi kesan besar,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat pada Rabu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat berkata, kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar SST kepada 8.0 peratus berbanding 6.0 peratus dan ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Guan Eng berkata, pengenalan cukai baharu di tengah-tengah cabaran ekonomi dan pergolakan geopolitik dunia juga berupaya mempengaruhi pertumbuhan negara, khususnya cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024.

Pengumuman itu telah menimbulkan kebimbangan bahawa cukai ini akan diperluas kepada semua syarikat di Bursa Malaysia pada masa akan datang, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: