'Saya minta maaf'

Pan-gon
Pan-gon
A
A
A

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon memohon maaf susulan kekalahan kepada Tajikistan dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Menurut Pan-gon, beliau memahami kekecewaan setiap penyokong negara, namun menegaskan para pemain sudah memberikan yang terbaik.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Harimau Malaya tidak akan berputus asa dan akan terus memandang kehadapan.

"Minta maaf kepada rakyat Malaysia yang mengharapkan kami menjadi juara.

"Tetapi, kami gagal memberikannya. Saya minta maaf.

"Saya masih berbangga dengan pemain. Mereka bermain dengan pasukan ke-110 dunia dan mampu memberikan saingan serta tekanan kepada mereka dalam perlawanan ini," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Skuad negara yang berada di ranking ke-134 dunia terpaksa akur dengan kualiti yang dimiliki Tajikistan selepas tewas 0-2 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Dalam perlawanan itu, gol Tajikistan dijaringkan oleh Soirov Rustam pada minit ke-44 dan Samiev Shahrom pada minit ke-88.

Artikel Berkaitan:

Ia menjadi kejuaraan Pestabola Merdeka pertama buat Tajikistan dalam penampilan sulung mereka pada kejohanan ini.

Untuk rekod, kejohanan Pestabola Merdeka dianjurkan semula tahun ini selepas kali terakhir diadakan pada 2013.

Caption: Kim Pan-gon