Padang 'ok' sikit

Aksi pemain Tajikistan Soirov Rustam diasak pemain negara Matthew Thomas Davies pada perlawanan Pestabola Merdeka 2023 Akhir antara Malaysia menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Selasa. - Foto Bernama

A
A
A

PADANG di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak mengalami kerosakan teruk berbanding pada aksi pertama Pestabola Merdeka antara Malaysia dan India pada Jumaat lalu.

Pada aksi final Pestabola Merdeka melibatkan Malaysia dan Tajikistan pada Selasa itu, rumput padang tetap tercabut di beberapa bahagian hanya 30 saat selepas perlawanan berlangsung.

Walaupun kerosakan rumput itu tidak teruk, namun ia tetap memberikan kesan kepada permainan kedua-dua pasukan.

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pada Ahad mengesahkan padang SNBJ bersedia untuk digunakan selepas penilaian teknikal menyeluruh dijalankan.

Penilaian tersebut dilakukan oleh perunding Zeon Zoysia yang juga kontraktor padang menerusi perbincangan yang berlangsung dengan pihak terbabit selain menggariskan langkah-langkah untuk memastikan padang berada dalam keadaan terbaik untuk perlawanan ini.

Artikel Berkaitan: