Sila log masuk terlebih dahulu.

Pengumuman tarikh penting bagi PRK Kemaman

17 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

MOJO LIVE 17 OKTOBER 2023

[MOJO LIVE] Pengumuman tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Hari mengundi Pilihan Raya Kecil Kemaman diadakan pada 2 Disember susulan mahkamah membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamidi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari pengundian awal pula ditetapkan pada 28 November dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Pada 26 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya membenarkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan pengundi bagi Parlimen Kemaman, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa