Cools jangka pertembungan sengit Malaysia, Tajikistan

Dion Cools ketika sidang akhbar menjelang Pra Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka 2023 di sebuah hotel pada Isnin.
Malaysia dan Tajikistan akan bertemu pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Dion Cools ketika sidang akhbar menjelang Pra Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka 2023 di sebuah hotel pada Isnin. Malaysia dan Tajikistan akan bertemu pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

KAPTEN Harimau Malaya, Dion Cools menjangkakan aksi sengit bakal dipamerkan Tajikistan pada aksi final Pestabola Merdeka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.

Menurut Cools, Tajikistan yang berada di ranking ke-110 dunia bukan calan-calang pasukan, namun skuad negara memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri yang akan menjadi nilai tambah terbaik kepada Harimau Malaya.

Malah, tonggak pertahanan Buriram United itu juga yakin pemain negara sudah mempunyai gambaran aksi yang akan dipamerkan Tajikistan selepas tewas kepada lawan itu pada aksi final Piala Raja Thai tahun lalu.

"Kami sudah ada pengalaman menentang mereka tahun lalu dan situasi kali ini juga agak sama. Saya harap bermain di laman sendiri akan memberikan semangat dan sokongan tambahan daripada penyokong.

"Semua pemain juga dalam keadaan baik dan kami ada peluang besar untuk menang perlawanan ini kerana kami ada pasukan yang bagus.

"Tetapi, kami juga perlu bersedia dengan apa jua senario dan ia bukan perlawanan yang mudah," katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan di sebuah hotel di Subang Jaya pada Isnin.

Dalam pada itu, Cools menjelaskan beberapa kelemahan yang dikenal pasti ketika perlawanan menentang India baru-baru ini sudah diperbaiki dan akan turun lebih agresif dalam perlawanan menentang Tajikistan.

"Persiapan agak singkat untuk perlawanan esok, namun apa yang paling penting adalah untuk memastikan semua pemain cergas sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

"Kami juga melihat ruang penambahbaikkan dan taktikal yang akan kami gunakan dalam perlawanan esok. Apa yang penting adalah tiada pemain cedera dan semua pemain boleh bermain esok," katanya.