Sila log masuk terlebih dahulu.

Ribuan bangkai ikan ditemui mati berpunca sisa kilang

14 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

Ribuan bangkai ikan ditemui mati berpunca sisa kilang

BERITA MOJO 14 OKTOBER 2023

Ribuan bangkai ikan ditemui mati dan terapung di Kolam Tadahan Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam di sini dipercayai akibat pencemaran berpunca daripada pembuangan sisa kilang, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Jefriee Abd Manaf berkata, hasil pemantauan pihaknya mendapati, kolam tadahan itu bertukar warna hitam dan berbau busuk serta dihurung lalat.

Menurutnya, MPKS bersama-sama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah kilang memproses dan melupuskan hasil laut sejuk beku yang telah tamat tempoh.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/283542/edisi/selangor-kl/ribuan-ikan-mati-akibat-pembuangan-sisa-kilang

#BeritaMojo #SinarHarian