'Melepas seludup PATI dan syabu sekali'

Maritim Selangor menumpaskan cubaan keluar PATI melalui perairan Pantai Kelanang, Kuala Langat pada Khamis.
Maritim Selangor menumpaskan cubaan keluar PATI melalui perairan Pantai Kelanang, Kuala Langat pada Khamis.
A
A
A

KUALA LANGAT - Penahanan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) di kedudukan 0.91 batu nautika barat daya Pantai Kelanang, di sini, pada Khamis, membongkar cubaan seludup dadah.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, pihaknya telah menerima maklumat kira-kira jam 10.10 malam daripada Pusat Kawalan Kawasan (ACC) Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) Klang yang mengesan sebuah bot vesel yang mencurigakan di Perairan Tanjung Tongkah.

Menurutnya, sebuah bot ronda maritim kemudiannya telah diatur gerak bagi memintas vesel terbabit.

"Menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot terbabit cuba meloloskan diri sebelum dikejar hampir 20 minit.

"Semasa dikejar, beberapa orang disyaki warga asing telah bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke hutan bakau Pantai Kelanang sebelum bot terbabit ditahan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pemeriksaan 14 PATI termasuk sembilan wanita itu didapati tiada dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, PATI terdiri daripada 12 warga Indonesia dan tiga lelaki Pakistan berusia lingkungan 27 hingga 50 tahun.

Artikel Berkaitan:

Dadah jenis syabu yang dijumpai dalam bot membawa PATI yang ditahan di perairan Pantai Kelanang, Kuala Langat pada Khamis.
Dadah jenis syabu yang dijumpai dalam bot membawa PATI yang ditahan di perairan Pantai Kelanang, Kuala Langat pada Khamis.

"Pemeriksaan lanjut di bot terbabit telah menemui dua beg yang mengandungi lapan bungkusan mampat serbuk kristal putih disyaki dadah jenis syabu seberat sembilan kilogram dianggar bernilai RM297,000," ujarnya.

Tambahnya, soal siasat PATI terbabit mendakwa membayar RM1,700 untuk menuju ke Medan dan Dumai, Indonesia.

"Siasatan masih dijalankan des disiasat mengikut Akta Imigresen 1953/63, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.