OUM penuhi impian, majukan diri

Imbangi antara kerjaya dengan pembelajaran

A
A
A

OUM menawarkan pembelajaran mesra pelajar, fleksibel dan mudah diakses di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
OUM menawarkan pembelajaran mesra pelajar, fleksibel dan mudah diakses di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.



Kesibukan tugas sebagai Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) tidak menjadi penghalang buat Dr Lim Chun Shen, 34, meneruskan cita-citanya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebaliknya, beliau yang bertugas di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan itu menyifatkan pengajiannya dalam program Ijazah Sarjana Pengurusan Risiko Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MOSHRM) di Open University Malaysia (OUM) bertitik tolak daripada semangatnya yang sentiasa mahu memajukan diri.

Pendekatan pengajian fleksibel yang dilaksanakan oleh OUM membantu beliau untuk mencapai impiannya kerana pembelajaran dilakukan secara dalam talian (online). Beliau tidak perlu mengabaikan tuntutan kerjaya dan seterusnya tidak perlu mengambil cuti belajar.

CHUN SHEN
CHUN SHEN

“Kursus secara online di OUM mendorong saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sambil bekerja. Saya dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan industri melalui kerja kursus yang menarik, projek kerjasama dan tugasan amali.”

“Selain itu, perkongsian pandangan serta perbincangan bersama para pensyarah serta kumpulan pelajar juga dapat meluaskan lagi perspektif saya di peringkat global,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Chun Shen merupakan salah seorang daripada lebih 5,000 pelajar yang akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen OUM ke-27 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 14 hingga 17 Oktober ini.

Artikel Berkaitan:

Majlis itu akan disempurnakan oleh Pro-Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim.

Imbangi pembelajaran dengan kerjaya

Sementara itu, pengalaman yang sama juga dikongsi Su Zhi Fen, 38. Beliau yang turut mengambil program MOSHRM berjaya meningkatkan prospek kerjayanya sebagai jurutera makmal.

ZHI FEN
ZHI FEN

Bertugas di Ayer Keroh, Melaka, beliau gembira dengan pendekatan pembelajaran di OUM yang mampu mengimbangi kehidupannya sebagai seorang pelajar yang berkerjaya.

“Namun, kejayaan saya menamatkan pengajian di OUM tidak mungkin berlaku tanpa sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada keluarga dan rakan-rakan,” jelasnya.

Tambah Zhi Fen, beliau percaya kepada kelebihan konsep “pembelajaran sepanjang hayat” yang membolehkan seseorang individu terus berkembang dari segi intelek serta lebih dinamik dalam menghadapi perubahan arus semasa.

ZULKEFLI
ZULKEFLI

Dalam pada itu, kepelbagaian program pengajian yang ditawarkan oleh OUM membolehkan seorang pakar pembedahan ortopedik, Dr Zulkefli Atan, 53, melanjutkan pengajian di luar bidang profesionnya.

Beliau yang menamatkan pengajian Sarjana Muda Pengajian Islam itu memberitahu, hasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berkenaan telah lama disimpan tetapi terpaksa ditangguhkan akibat kesibukan dengan kerjaya dan keluarga.

“OUM telah memberikan penyelesaian terbaik yang membolehkan saya mencapai impian. Universiti ini memberikan kebebasan kepada saya untuk menyusun jadual pengajian mengikut kesesuaian,” ujarnya.

Penuhi impian hidup

MIN VUN
MIN VUN



Chong Min Vun, 49, juga telah datang ke OUM untuk memenuhi suatu impian. Keinginan seumur hidupnya ialah untuk menjalani pengajian tinggi dan ia menjadi realiti apabila beliau berdaftar dengan OUM pada umur 45 tahun.

“Semasa pandemik, saya berjaya menyeimbangkan pengajaran jarak jauh, komitmen sekolah dan tanggungjawab keluarga. Oleh itu, kelulusan saya tidak hanya akan memajukan kerjaya saya tetapi juga menjadi contoh teladan bagi anak-anak saya, menginspirasikan mereka untuk gigih berusaha dan mengatasi apa jua cabaran,” katanya.

Beliau yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Likas, Kota Kinabalu, Sabah itu telah mengambil program Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) dengan Kepujian.

Dalam pada itu, Presiden dan Naib Canselor OUM, Profesor Dr Ahmad Izanee Awang menegaskan, universiti itu sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang ingin mengejar ilmu pengetahuan.

AHMAD IZANEE
AHMAD IZANEE

Malah, OUM, katanya menawarkan pendekatan pembelajaran mesra pelajar, fleksibel serta mudah diakses di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

“OUM menawarkan 55 program pengajian meliputi pendidikan, perniagaan dan pengurusan, teknologi, sains gunaan, sains sosial dan kemanusiaan.

“Daripada jumlah itu, 16 program pengajian OUM diiktiraf oleh badan-badan profesional, sekali gus membuktikan kualiti pendidikan yang disediakan kepada para pelajar,” ujarnya.

Pada bulan Januari lalu, OUM telah merangkul anugerah emas daripada Putra Aria Brand Awards yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia.

No Image Caption

Pada bulan seterusnya, universiti itu turut menerima penarafan lima bintang dari Quacquarelli Symonds (QS) bagi kategori pembelajaran dalam talian. QS merupakan penarafan paling berprestij untuk universiti di seluruh dunia.

Maklumat lanjut mengenai program OUM boleh didapati dengan melawat www.oum.edu.my, menghubungi 03-78012000 atau menulis kepada enquiries@oum.edu.my.