Syarikat Jepun kukuhkan pengeluaran semikonduktor di Kelantan

Isao (tiga dari kanan) turut memotong riben sempena pelancaran bangunan kedua yang siap dibina.
Isao (tiga dari kanan) turut memotong riben sempena pelancaran bangunan kedua yang siap dibina.
A
A
A

SYARIKAT pengeluar semikonduktor kuasa dan analog milik Jepun, ROHM-Wako Electronics Malaysia (RWEM) mengukuhkan kedudukan di Kelantan dengan penghasilan pemacu pintu terpencil (LSI) analog pertama di negara ini.

Proses pembuatan LSI itu akan dilakukan di bangunan kedua setinggi tiga tingkat, berkeluasan 9,860 meter persegi yang baru siap dibina di Kawasan Perindustrian Padang Tembak Pengkalan Chepa di sini, sekali gus akan merancakkan ekonomi negeri Kelantan melalui penambahan hampir 400 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Presiden ROHM, Isao Matsumoto berkata, LSI direka bentuk untuk memacu semikonduktor kuasa secara optimum seperti IGBT dan SiC selain memainkan peranan penting dalam merealisasikan penjimatan tenaga, kenderaan elektrik dan peralatan industri.

Bangunan kedua yang baru siap untuk penghasilan produk semikonduktor.
Bangunan kedua yang baru siap untuk penghasilan produk semikonduktor.

Katanya, Kumpulan ROHM melihat prospek masa depan dalam industri elektronik, terdapat permintaan yang tinggi bagi inovasi untuk menyelesaikan pelbagai isu sosial, dan semikonduktor.

“Kami berperanan untuk memenuhi permintaan dalam pasaran peralatan automotif dan perindustrian khususnya inovasi teknologi dengan menumpukan pada elektrifikasi yang mengurangkan kesan alam sekitar dan mencapai karbon neutral terutama bagi semikonduktor kuasa serta analog yang menjadi tumpuan syarikat kami.

“Kumpulan ROHM berusaha memastikan bekalan yang stabil dan berterusan dengan menggalakkan pembaharuan pembuatan dan pengukuhan rantaian bekalan, di samping pelaburan modal yang agresif bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran,” katanya ketika berucap pada Perasmian Bangunan B ROHM-Wako Electronics Malaysia (RWEM) di Pengkalan Chepa di sini, pada Khamis.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Artikel Berkaitan:

Isao berkata, rantau Asean ialah kawasan sangat penting bagi pengeluaran semikonduktor dan Malaysia khususnya menjadi pusat pengilangan produk peranti isyarat kecil dalam tempoh sudah beberapa tahun.

“Pada tahun 2016, RWEM beroperasi mengeluarkan diod isyarat kecil dan akan datang di Bangunan B akan menghasilkan pengeluaran LSI analog.

“ROHM meletakkan LSI sebagai produk teras dan produk itu sangat dinanti-nantikan oleh masyarakat dan pelanggan kerana penjimatan tenaga melalui produk penyahkarbon dan meneuteralkan karbon,” ujarnya.

Kata beliau juga menyedari bahawa perubahan iklim ialah isu paling penting yang mempengaruhi aktiviti pengeluaran daripada ROHM.

“Sebab itu ROHM memperkenalkan kemudahan penjimatan tenaga secara aktif di Bangunan B untuk mengurangkan kesan alam terhadap sekitar,” ujar Isao.