Sila log masuk terlebih dahulu.

'Kalau bukan anak bapa tak perlulah terasa' - MP Pendang

12 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menyebut 'anak bapa... anak bapa' ketika Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mempersoalkan usul beliau yang belum dijawab kepada Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong selepas dihantar pada Selasa.

Sedangkan, usul Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari mengenai isu kilang sorok BPT diterima, dibahas kamar khas petang ini.

Susulan itu, Ahli Parlimen Pendang diminta keluar dari dewan selepas gagal menarik balik kenyataannya.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen