Lima nelayan Myanmar ditahan ketika tangkap ikan

Lima kru warga Myanmar ditahan kerana menangkap ikan tanpa kebenaran selain tiada dokumen pengenalan diri yang sah.
Lima kru warga Myanmar ditahan kerana menangkap ikan tanpa kebenaran selain tiada dokumen pengenalan diri yang sah.
A
A
A

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan 17.5 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada tengah hari Selasa.

Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim S Nak Rong berkata, Kapal Maritim (KM) Sikuati yang menjalankan rondaan dalam operasi telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan sedang menangkap ikan.

"Setelah mendekati bot berkenaan, kita mendapati lima kru termasuk tekong warga Myanmar berada di atas bot berkenaan. Kesemua mereka berusia 15 hingga 44 tahun.

"Pemeriksaan lanjut juga mendapati bot terbabit tidak mempunyai permit kelulusan penggunaan kru bukan warganegara daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kata beliau, kesemua tangkapan juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sewaktu penggeledahan dilaksanakan.

"Bot tersebut kemudian ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen.

"Selain itu, mereka juga didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah.

"Kru warga asing terbabit telah direman selama 14 hari bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: