Remaja jatuh sungai ditemukan lemas

Mayat mangsa dibawa ke darat untuk diserahkan kepada pihak polis.
Mayat mangsa dibawa ke darat untuk diserahkan kepada pihak polis.
A
A
A

PENAMPANG - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Moyog ditemukan lemas dalam kejadian di Kampung Inobong, di sini pada Rabu.

Mayat Ashley Preston Hartley, 13, ditemukan dalam keadaan terapung di sungai pada jam 7 pagi oleh pasukan bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sungai tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zeno Tinggalan berkata, kejadian berlaku pada petang Selasa apabila pihaknya menerima laporan bahawa seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai.

Menurutnya, seramai 11 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 6.5 kilometer dari BBP Penampang bagi menjalankan SAR.

"Menurut maklumat, mangsa bersama empat rakan lain bermain di tepi sungai tersebut sebelum mangsa terjatuh di kawasan yang dalam dan hilang daripada pandangan.

"Operasi SAR dimulakan pada hari pertama namun gagal menemui mangsa dan disambung pada hari ini seawal jam 6 pagi.

"Selepas kira-kira sejam kemudian, mayat mangsa akhirnya ditemukan terapung di kawasan sungai yang cetek iaitu paras lutut dan terletak sejauh 1.3 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) dan diserahnya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 7.51 pagi tadi," katanya.

1. Mayat mangsa dibawa naik ke darat untuk diserahkan kepada pihak polis.