Kos hidup sekarang tak macam dulu - Respa

Respa berpendapat bebanan tugas polis mencabar ketika ini perlu seiring dengan gaji diperoleh. - Foto fail Bernama
Respa berpendapat bebanan tugas polis mencabar ketika ini perlu seiring dengan gaji diperoleh. - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kos hidup tinggi menjadi asas utama kepada kerajaan mengkaji semula gaji permulaan bagi Konstabel (YA1) Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini.

Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Datuk Meor Chek Hussien Mahayuddin berkata, bebanan tugas mencabar ketika ini perlu seiring dengan gaji diperoleh.

“Jika dilihat kepada barangan keperluan misalnya, kos sudah naik.

“Jadi, kalau gaji pun masih di takuk lama, bagaimana nak jamin kualiti dalam kehidupan.

“Dalam soal gaji ini, perlu dilihat dari segi konteks menyeluruh dan pendapatan diperoleh perlu seimbang kos hidup ditanggung,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dari segi jenayah juga tidak seperti dahulu kerana cabarannya lebih lagi, selain berhadapan pelbagai elemen jenayah.

Artikel Berkaitan: