Abang Jo mahu Sarawak hasilkan robot

Abang Johari
Abang Johari
A
A
A

KUCHING - Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu Sarawak menghasilkan robot bagi membantu manusia dalam aktiviti harian.

Beliau berkata, Sarawak boleh mengambil inspirasi daripada robot jururawat 'Grace the robot' yang membuat penampilan pada Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia Ke-27 dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak Keenam (WCIT|IDECS) 2023 di sini, baru-baru ini.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri bersedia untuk memberi peruntukan bagi projek penghasilan robot tersebut.

"Mungkin kita boleh gunakan nama berbeza (untuk robot) yang lebih berciri Sarawak. Saya difahamkan Grace the robot mempunyai lebih 4,000 motor pada kepalanya sahaja.

"Mungkin untuk projek ini kita boleh minta Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) untuk bekerjasama dengan Huawei.

"Mungkin kita boleh hasilkan robot yang boleh digunakan dalam penjagaan kesihatan kita atau tugas dan aktiviti lain," katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Kelima Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) di sini, malam ini.

Grace ialah robot yang dibangunkan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) oleh Hanson Robotics berpangkalan di Hong Kong. - Bernama

Artikel Berkaitan: