Kuat kuasa undang-undang, hayati Rukun Negara

Gambar kecil: Mohd Azmi Abdul Hamid
Gambar kecil: Mohd Azmi Abdul Hamid
A
A
A

ALOR SETAR - Pihak berkuasa wajar mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan yang melanggar undang-undang dan menghina negara termasuk mempersenda bendera Jalur Gemilang dan lagu Negaraku.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, selain penguatkuasaan undang-undang sedia ada, kerajaan wajar menyemak semula pendekatan menghayati Rukun Negara dan erti warganegara.

Menurutnya, rakyat Malaysia tidak harus dibiarkan terbiasa dengan sikap biadab dan kurang ajar segelintir masyarakat.

“Negara sudah beberapa kali dikejutkan dengan insiden pihak tertentu mempersendakan Jalur Gemilang dan lagu Negaraku. Rukun Negara pun tidak dipandang serius oleh kebanyakan rakyat,” katanya.

Mohd Azmi berkata, gabungan pendidikan formal dan tidak formal perlu untuk memupuk nilai hormat kepada lagu dan panji negara.

Terbaru katanya, ada kumpulan yang menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa lain yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku.

"Tidak salah memberi makna dalam bahasa lain untuk memahamkan pihak luar namun menyanyikannya dalam bahasa lain tidak wajar serta tidak menghormati negara.

“Lagu negara dengan bahasa Kebangsaan adalah lazimnya dihormati di seluruh dunia. Tidak ada lagu rasmi sesebuah negara dinyanyikan dalam bahasa lain selain bahasa Kebangsaannya. Menyanyi dengan diubah kepada bahasa lain menunjukkan sikap tidak menghormati salah satu ciri kedaulatan sesebuah negara,” katanya.

Artikel Berkaitan: