MFL rancang jumpa KFA

 Kevin Ramalingam
Kevin Ramalingam
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) bercadang mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Khamis ini bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan Liga Malaysia 2019.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata, pihaknya mahu membantu KFA memahami apa yang terkandung dalam perjanjian dan undang-undang yang sedia ada dalam Liga-M.

Beliau berkata, ia termasuk perkara-perkara berkaitan perancangan MFL dalam operasi dan pengurusan liga sepertimana yang dibincangkan pada perjumpaan bersama Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Johor Bahru pada 3 Januari lepas.

“Penglibatan MFL dalam mana-mana isu seperti ini adalah amat relevan untuk menjaga kepentingan Liga Malaysia serta rakan kongsi yang lain yang merupakan 23 pasukan lain serta FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia),” jelas Ramalingam yang dipetik sebagai berkata menerusi kenyataan dikeluarkan MFL, semalam

Pada 3 Januari lepas MFL dilaporkan menjemput semua rakan kongsi liga terdiri wakil FAM dan 24 pasukan yang bertanding untuk membincangkan berkenaan isu ejen pemain, kontrak pemain, perlembagaan MFL, jadual pertandingan dan hal lain berkaitan liga.

Difahamkan wakil KFA tidak hadir pada perjumpaan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: