Anifah boleh bertanding PRK Parlimen Kimanis

Anifah Aman
Anifah Aman
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman boleh menjadi calon semula dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang bakal diadakan pada masa terdekat.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun menjelaskan, hal ini kerana Anifah layak dan tidak dilucutkan kelayakan oleh sebarang dapatan mahkamah mengenai rasuah atau apa-apa kesalahan lain.

"Oleh itu, beliau boleh bertanding di kerusi tersebut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerusi Kimanis: Anifah sedih, Warisan terima keputusan mahkamah

Beliau mengulas sama ada Anifah boleh bertanding dalam PKR Parlimen Kimanis ekoran kekosongan luar jangka kerusi berkenaan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu yang mengisytiharkan kemenangannya ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai tidak sah dan terbatal.

Mahkamah itu menolak rayuan Anifah untuk mengetepikan keputusan Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Lee Heng Cheong pada 16 Ogos lalu yang menolak kemenangan Anifah kerana didapati wujud kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Semalam, Dewan Rakyat menerima surat permakluman daripada SPR mengenai kekosongan itu setelah badan tersebut menerima perakuan daripada Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan kemenangan berkenaan sebagai tidak sah.

Dalam pada itu, SPR dijangka mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan tarikh-tarikh penting seperti hari penamaan calon dan pengundian.

Artikel Berkaitan:

Perkembangan itu menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil (PRK) kali ke-10 yang bakal diadakan dalam tempoh pasca PRU14.

Beri peluang Bersatu tanding di Kimanis

Petisyen berhubung kemenangan itu difailkan oleh Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah pada 18 Jun tahun lalu dengan menamakan Anifah sebagai responden pertama manakala Pegawai Pilihan Raya Parlimen Kimanis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masing-masing sebagai responden kedua dan ketiga.

Anifah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) telah memperoleh 11,942 undi dan menewaskan Karim dengan majoriti tipis 156 undi.

Beliau kemudian bertindak UMNO pada 19 September 2018 dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.