X

Kindly register in order to view this article
!

'Anwar tak obses jadi PM kelapan', kata Saifuddin Nasution

Saifuddin Nasution semasa ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

MELAKA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak taksub untuk mengejar jawatan perdana menteri sebaliknya pemimpin itu lebih obses memperjuangkan isu dihadapi rakyat.

Naib Presiden Presiden PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Anwar obses terhadap beberapa perkara utama iaitu agenda reformasi, ekonomi, isu golongan miskin serta tuntutan janji manifesto.

“Anwar bukan obses (taksub) nak jadi perdana menteri. Kita dengar ucapannya semalam, cerita kemiskinan, pengangguran, kesenjangan sosial, derita rakyat, nelayan, petani, penjaja kecil.

"Anwar sangat obses dengan perjuangan rakyat. Bukannya ketagih dan lahap untuk jadi perdana menteri,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Dalam pada itu Saifuddin berkata, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu bermesyuarat bagi mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri kelapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat: Saifuddin Nasution

Namun katanya, terdapat beberapa pemimpin utama PKR yang tidak hadir mesyuarat berkenaan.

"Kita akan angkat Anwar sebagai calon perdana menteri jika rakyat beri mandat. Kita bermesyuarat dalam MPP dan bersetuju.

"Tian Chua, saya, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Datuk Dr A Xavier Jayakumar yang sentiasa teman Kak Wan (Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebagai presiden ketika itu.

“Nama yang saya tak sebut, sebab dia tak pernah hadir walau satu mesyuarat sekali pun," katanya.

Saifuddin berkata, sekiranya ada pemimpin yang berkecil hati namun tidak sepatutnya sukar melafazkan bahawa Anwar bakal perdana menteri kelapan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!