X

Kindly register in order to view this article
!

Anwar arah ahli buat kecoh dipecat

Anwar berucap pada Kongres Nasional PKR ke-14 tahun 2019 di MITC hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

AYER KEROH - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kesal dan meminta maaf susulan insiden kekecohan yang berlaku semasa Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) di sini semalam.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan supaya parti mengambil tindakan segera dengan memecat mereka yang terlibat dalam insiden itu.

Bagaimanapun, katanya, tindakan yang diambil perlu dilakukan berdasarkan fakta.

"Saya minta maaf kepada anggota parti, kepada penyokong keadilan dan rakyat kerana apa yang berlaku semalam sesuatu yang amat dikesalkan.

"Perkara ini dalam pemerhatian polis. Oleh demikian, jangan kita terburu-buru membuat keputusan yang memihak dan ia harus dibuat berdasarkan fakta sebelum tindakan diambil," katanya pada awal Ucapan Dasar Presiden Kongres Nasional PKR ke-14 di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Buat kecoh bukan budaya PKR, kata Wan Azizah

Semalam, berlaku dua insiden kekecohan semasa Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) apabila sekumpulan perwakilan tidak dibenarkan memasuki dewan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) hanya disebabkan tidak memakai samping.

Selain itu. Kongres AMK semalam turut dicemari dengan insiden pergaduhan apabila pihak keselamatan cuba menghalang bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Md Noor dari memasuki tempat persidangan.

Dalam insiden itu, berlaku aksi bertumbuk di luar dewan sehingga menyebabkan ada yang tercedera.

Polis mengesahkan menahan dua lelaki masing-masing berusia 29 tahun dari Kuala Lumpur dan 30 tahun dari Klang, Selangor itu bagi membantu siasatan insiden yang turut mengakibatkan dua orang cedera.