X

Kindly register in order to view this article
!

Anwar luah penghargaan kepada Wan Azizah

Anwar memimpin tangan isterinya, naik ke pentas untuk menerima anugerah pada Kongres Nasional PKR ke-14 tahun 2019 di MITC hari ini. -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

MELAKA TENGAH - Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2019 bersidang penuh sejarah hari ini apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan dasar buat kali pertama sebagai Presiden parti.

Anwar tidak melepaskan peluang itu menghargai jasa dan kecekalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri beliau dalam memimpin parti selama dua dekad.

Beliau bagi pihak rakan-rakan pimpinan dan perwakilan parti teruja dengan kecekalan Dr Wan Azizah yang memimpin dengan jayanya sehingga menempah 50 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) tahun lalu.

"Ini adalah kali pertama saya berbicara dalam kongres selaku Presiden, maka sewajarnya saya berikan penghargaan kepada bekas Presiden, (Dr Wan Azizah Wan Ismail).

"Seorang wanita, sosok kerdil dan sederhana tetapi berjiwa kental mengemudi bahtera parti sepanjang dua dasawarsa lalu.

Anwar ketika tiba pada Kongres Nasional PKR 2019 di MITC, Ayer Keroh hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Anwar ketika tiba pada Kongres Nasional PKR 2019 di MITC, Ayer Keroh hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

"Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama dengan rakan-rakan pimpinan mengharungi liku-liku perjuangan, pahit getir kehidupan meletakkan asas penubuhan parti," katanya dalam ucapannya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Anwar menyampaikan ucapan dasar di hadapan ribuan perwakilan sejurus selepas ucapan aluan disampaikan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menerusi ucapan dasar itu, Anwar sekali gus merasmikan kongres bertema ‘20 Tahun Keadilan: Dua Dekad Merakyatkan Reformasi’ dan disusuli sesi perbahasan untuk membahaskan ucapan dasar itu.