Fokus kepada matlamat, perjuangan parti: Haniza

Azmin dan kepimpinan tertinggi yang lain bergambar bersama ahli-ahli Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN pada Majlis Perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN di MITC malam ini. - Foto: Sharifudin Abdul Rahim
Azmin dan kepimpinan tertinggi yang lain bergambar bersama ahli-ahli Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN pada Majlis Perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN di MITC malam ini. - Foto: Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

MELAKA TENGAH - Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha bersyukur perkara berlaku dalam tempoh 24 jam lalu membuktikan kebesaran jiwa pemimpin PKR dalam mengetepikan perbezaan dan perselisihan faham.

Beliau menyifatkan pertemuan di antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam membuktikan kesatuan serta kesepaduan adalah keutamaan perjuangan bagi memperkukuhkan lagi parti.

"Menjadi tanggungjawab semua untuk menjaga dan mempertahankan parti walaupun sebelum ini pelbagai halangan dan cabaran dihadapi namun kita tetap meneruskan perjuangan agar tetap berada di landasan yang benar.

"Walaupun mempunyai pelbagai latar belakang namun kita bersedia menegur dan saling menasihati. Apabila tergelincir kita mempunyai rakan-rakan yang mengingatkan dan mengambil kita agar kembali berada di landasan yang betul," katanya ketika berucap pada majlis perasmian bersama Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan 2019 di sini malam tadi.

Haniza berkata, tidak menjadi satu kesalahan atau kelemahan jika seseorang itu memperakui kesilapan dan menerima teguran itu walaupun daripada seorang ahli biasa.

Tambahnya, walaupun individu itu berjawatan dalam parti namun perlu menerima teguran dengan berlapang dada.

"Pelbagai penghalang hanya menjadi selingan namun semua perlu kembali fokus pada matlamat dan perjuangan parti," katanya.

Artikel Berkaitan: