Bapa cari surat khabar anak menang pingat emas

Perkongsian RimauXI kini tular di media sosial yang kini meraih 3,700 ulang kicau, dan 5,100 tanda suka.
Perkongsian RimauXI kini tular di media sosial yang kini meraih 3,700 ulang kicau, dan 5,100 tanda suka.
A
A
A

DAMANSARA - Rakyat Malaysia pasti berbangga dengan kejayaan atlet wushu negara Loh Choon How yang menyumbang emas kelima negara di Sukan Sea 2019 Filipina selepas aksi cemerlangnya dalam sukan itu.

Bagaimanapun, lebih membanggakan ialah bapa atlet itu Loh Hon Far yang tidak mahu melepaskan peluang menyimpan kenangan melalui berita di akhbar.

Individu yang menggunakan nama RimauXI melalui aplikasi Twitter berkongsi kisah warga emas itu menghargai saat manis dikecapi anaknya dengan cara tersendiri.

RimauXI memberitahu, Hon Far mencari berita kejayaan anaknya itu di sebuah kedai gunting rambut.

Tulisnya, walaupun ditawarkan untuk mengambil semua surat khabar yang ada, warga emas berkenaan hanya meminta dua muka sahaja yang mengandungi berita Choon How.

"Sedang tunggu giliran untuk cukur kepala, masuk pak cik ini mohon izin tuan kedai untuk ambil dua keping akhbar. Tuan kedai kata ambil semua, dia kata nak ambil dua sahaja sebab anak dia. Anak-anak watan, ucapkan tahniah kepada En. Loh Hon Far, bapa gold medallist wushu, Loh Choon How.

"Encik Loh Hon Far, 56, asal dari Tronoh, Perak kini menetap di Kota Damansara, Selangor. Bapa Loh Choon How double gold medallist taijiquan & taijijian. Selesai cukur kepala, aku cari dia di kedai dia dan selit not RM100 ke poket sebagai tanda terima kasih mengharumkan nama negara," tulisnya.

Antara reaksi netizen mengucapkan tahniah dengan Hon Far kerana mempunyai seorang anak yang cukup hebat dalam mengharumkan nama Malaysia.
Antara reaksi netizen mengucapkan tahniah dengan Hon Far kerana mempunyai seorang anak yang cukup hebat dalam mengharumkan nama Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Perkongsian RimauXI kini tular di media sosial yang kini meraih 3,700 ulang kicau, 5,100 tanda suka.

Netizen turut mengucapkan tahniah kepada Hon Far kerana mempunyai seorang anak yang cukup hebat mengharumkan nama Malaysia.

"Beliau menunjukkan senyuman penuh bangga terhadap anaknya... Malaysia boleh!!," tulis Muhammad Tariq Ziad di Twitter.

Dalam pada itu, @Kilan_DN pula menulis, "Tahniah kepada Loh Choon How. Tahniah juga kepada En Loh Hon Far bapa kepada wira negara. Apa yang anda lakukan sememangnya membuktikan anda berbangga dengan pencapaian anak anda."