Lupa beli rokok, isteri dibakar hingga cacat kekal

Galina mendakwa suaminya merupakan suspek utama dalam kejadian itu.
Galina mendakwa suaminya merupakan suspek utama dalam kejadian itu.
A
A
A

GALINA - Seorang suami sanggup menyimbah petrol ke arah muka isterinya sebelum dibakar hanya kerana terlupa membeli rokok.

Galina Armasari, 26, mengalami luka amat teruk selain cacat kekal, lapor dailystar.co.uk yang memetik sumber.

Suspek kini telah ditahan polis dan direman selama 30 hari bagi membantu siasatan kes.

Ketika sesi temu bual dengan sebuah stesen TV, Galina yang masih trauma dengan kejadian menceritakan saat dia dibakar suami dan ketika kejadian, suaminya juga tergamak tidak mahu menghubungi ambulans.

Galina sebelum dibakar
Galina sebelum dibakar

"Masa hari kejadian, pada mulanya semua berlaku dalam keadaan normal dan kami tidak bergaduh sehingga dia meminta saya membelikan bir dan apabila tiba di rumah, saya nampak kawannya, Andrey datang ke rumah dan minum wain bersamanya.

"Namun, dia bertindak menengking saya kerana terlupa beli rokok lalu menyimbah cecair seperti bau petrol dan terus menyalakan api ke arah muka saya lalu terbakar," katanya.

Galina berkata, ketika kejadian, dia berusaha memadam api yang menyambarnya dengan menggunakan baju sejuk.

Artikel Berkaitan:

"Saya beritahu muka saya terbakar, tapi dia (suspek) tak mahu panggil ambulans. Kemudian, ibu saya datang dan bawa saya ke hospital.

"Kini pihak polis sedang menjalankan siasatan," katanya.