Tragedi lampu isyarat rosak

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Sungai Soi, Jalan Kuantan-Pekan di sini, pagi tadi. Foto: Pembaca
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Sungai Soi, Jalan Kuantan-Pekan di sini, pagi tadi. Foto: Pembaca
A
A
A

KUANTAN- Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Sungai Soi, Jalan Kuantan -Pekan di sini pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 9.40 pagi itu mengakibatkan mangsa Sulong Husin, 70, yang beralamat di Kampung Orang Asli Sungai Soi meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton, Wong Sing Chai, 62 dari Alor Akar di sini tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Josoh@Mohamad Daud berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash dalam perjalanan dari arah Sungai Soi menghala masuk ke Jalan Kuantan-Pekan arah ke bandar Kuantan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Sungai Soi, Jalan Kuantan-Pekan di sini, pagi tadi. Foto: Pembaca
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Sungai Soi, Jalan Kuantan-Pekan di sini, pagi tadi. Foto: Pembaca

Menurutnya, kenderaan pacuan empat roda dipandu kontraktor binaan itu dari arah Kuantan menghala ke Pekan.

"Ketika sampai di persimpangan lampu isyarat berkenaan, mangsa dipercayai membelok ke kanan dan lampu isyarat di situ pula tidak berfungsi.

"Pemandu kenderaan pacuan empat roda gagal mengelak lalu terlanggar mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kamarulzaman berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pihaknya mendapati kemalangan dipercayai berlaku disebabkan kekeliruan ekoran lampu isyarat tidak berfungsi bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Justeru kita mohon orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan," katanya.