Tarikh baharu Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff. - Foto Bernama
Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff. - Foto Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah memutuskan tarikh baharu sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ditetapkan pada Ahad minggu ketiga bagi setiap Jun.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, ia akan bermula pada 21 Jun tahun hadapan bersamaan 29 Syawal 1441 Hijriah.

“Sehubungan itu, Hari Kelepasan Am yang ditetapkan sebelum ini pada 19 Januari, 2020 (Ahad) bersamaan 23 Jamadilawal 1441 adalah dipinda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ammar berkata, keputusan pengisytiharan Hari Kelepasan Am itu selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369). - Bernama

Artikel Berkaitan: