NASA temui serpihan pesawat pendarat India Chandrayaan 2
NEW DELHI - NASA Amerika Syarikat (AS) hari ini mengatakan satelitnya yang mengelilingi bulan telah menemui pesawat pendarat India, Chandrayaan 2 yang terhempas di permukaan bulan, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut NASA, satelit pengorbitnya menemui serpihan kapal angkasa itu di permukaan bulan.
Misi ke bulan India berakhir dengan kekecewaan selepas kapal angkasa yang sepatutnya mendarat di bulan itu terputus hubungan.
Pendaratan kapal angkasa itu sepatutnya mendarat pada 1.53 pagi (waktu India) pada 7 September.
Kapal angkasa itu membawa perayau 'Pragyaan' seberat 27 kilogram yang akan dilancarkan untuk menjalankan penerokaan di bulan. - Bernama
The #Chandrayaan2 Vikram lander has been found by our @NASAMoon mission, the Lunar Reconnaissance Orbiter. See the first mosaic of the impact site https://t.co/GA3JspCNuhpic.twitter.com/jaW5a63sAf
— NASA (@NASA) December 2, 2019
Seorang maut dalam kebakaran flat di Singapura
Soap opera PM Sepanyol, Pedro Sanchez
Tetamu hadir kenduri dapat hadiah tilam
Protes pro-Palestin merebak luas
Faisal Halim disimbah asid
Zahid beri bayangan ada kaedah lain bebaskan Najib
'Keadaan Faisal cukup menyedihkan' - Hamidin
Selangor FC tidak mohon peruntukan tiket Piala Sumbangsih