Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel

Saudara kepada remaja tersebut tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat mayat remaja itu di hospital.
Saudara kepada remaja tersebut tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat mayat remaja itu di hospital.
A
A
A

GAZA – Seorang remaja Palestin terbunuh terkena tembakan tentera Israel di sempadan negara tersebut semalam.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataannya berkata, remaja tersebut, Fahed al-Astal, 16, telah terkena tembakan tepat di bahagian perut manakala empat lagi kanak-kanak mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, saksi berkata, berpuluh-puluh orang masih berkumpul di pagar sempadan itu walaupun keadaan tunjuk perasaan dengan Israel telah dibatalkan secara rasmi, lapor Reuters yang memetik sumber.

Untuk minggu ketiga berturut-turut pada bulan ini, Penguasa Wilayah Hamas memutuskan untuk membatalkan protes kerana takut ketidakstabilan keadaan di sana namun masih ada sekelompok kecil yang masih melakukan protes di sempadan tersebut.

Tentera Israel yang bertugas di sempadan tersebut melakukan kekerasan dengan menggunakan gas pemedih mata, peluru getah dan peluru hidup terhadap penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan juga dikatakan melemparkan batu atau bom petrol kepada tentera Israel.

Protes tersebut dibatalkan pihak berkuasa Gaza susulan pertempuran antara Israel dan kumpulan militan Jihad Islam awal bulan ini.

Terdahulu, pada hari Jumaat lepas, seorang militan Islam terbunuh akibat mengalami kecederaan parah ketika berperang.

Artikel Berkaitan:

Laporan rasmi mengatakan kira-kira 210 rakyat Palestin dan dua orang tentera Israel terbunuh sejak protes dilakukan bermula Mac 2018.