JPNP sita kilang papan haram

Penguat kuasa JPNP ketika menyita mesin di kilang papan haram yang beroperasi di Batu 12 Jalan Kuantan - Gambang pada hari pertama Operasi Bersepadu Ops Kilang kelmarin
Penguat kuasa JPNP ketika menyita mesin di kilang papan haram yang beroperasi di Batu 12 Jalan Kuantan - Gambang pada hari pertama Operasi Bersepadu Ops Kilang kelmarin
A
A
A

KUANTAN - Sebuah kilang papan yang beroperasi secara haram di Batu 12, Jalan Kuantan - Gambang di sini disita penguat kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika serbuan dalam operasi bersepadu Isnin lalu.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) JPNP, Nor Azirim Ahmad berkata, kilang terbabit dipercayai mengeluarkan kayu bergergaji bersaiz kecil dan sederhana termasuk kayu dari jenis akasia untuk pasaran tempatan.

"Dalam serbuan itu, kita merampas tiga jentera foklif, mesin pemotong dan mesin membelah kayu, sebuah jengkaut dan beberapa lagi peralatan pada serbuan pada hari pertama Op Kilang Hasil tersebut.

"Tiga pekerja berusia 29 hingga 49 juga ditahan selain manakala pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang bekerja di kilang berkenaan diserahkan kepada Jabatan Imigresen yang turut menyertai operasi tersebut.

Antara jentera dan kayu yang dirampas di kilang papan haram yang disita pada hari pertama Op Kilang kelmarin.
Antara jentera dan kayu yang dirampas di kilang papan haram yang disita pada hari pertama Op Kilang kelmarin.

Menurutnya, kilang tersebut antara empat premis memproses papan yang diperiksa di daerah ini dalam operasi yang dilaksanakan selama lima hari dan disertai 10 agensi kerajaan.

"Pemeriksaan ke atas kilang-kilang papan ini dilakukan secara berterusan sepanjang tahun bukan hanya melalui operasi bersepadu ini sahaja

"Kita tidak akan berkompromi dengan pemilik kilang yang terbukti tidak mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan dengan mengambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984," katanya.

Artikel Berkaitan: