Kedah peruntuk RM500,000 pembangunan sukan

Mohd Asmirul (tengah) menyampaikan bantuan peruntukkan kepada Presiden Persatuan Angkat Berat Negeri Kedah, Ismasuhaimi Sharif. Turut kelihatan Helmi (kiri).
Mohd Asmirul (tengah) menyampaikan bantuan peruntukkan kepada Presiden Persatuan Angkat Berat Negeri Kedah, Ismasuhaimi Sharif. Turut kelihatan Helmi (kiri).
A
A
A

SEBANYAK RM500,000 diperuntukkan kerajaan Kedah bagi membantu 35 persatuan sukan, 12 majlis sukan daerah dan majlis sukan sekolah sekolah Kedah (MSSK) bagi pembangunan sukan di negeri itu.

Exco Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, peruntukan tersebut diagihkan bagi memperbanyakkan program di peringkat akar umbi di seluruh Kedah.

Menurutnya, persatuan sukan negeri digesa menggembleng usaha mengaktifkan pelbagai jenis sukan di Kedah.

"Setiap majlis sukan daerah terima RM25,000 bagi tujuan program pembangunan sukan seperti klinik pendedahan, pencarian bakat, serta pertandingan antara mukim.

"Bagi persatuan sukan pula masing-masing menerima RM5,000 sebagai melancarkan bantuan pentadbiran manakala MSSK pula menerima RM10,000 bagi menghidupkan kejohanan olahraga dan memanah luar musim," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman hari ini.

Turut hadir, Pengarah MSN Kedah, Helmi Yahya.

Mohd Asmirul berkata, semua persatuan sukan berperanan membantu kerajaan menghasilkan pingat emas dalam Sukan Olimpik pertama negara pada 2020 ataupun 2024.

"Persatuan sukan negeri harus mengorak langkah menganjurkan kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di Kedah untuk membantu sektor pelancongan melalui aktiviti pelancongan sukan," katanya.

Artikel Berkaitan: