Cerai guna mesej teks

Langkah itu adalah untuk melindungi hak alimoni wanita Saudi.
Langkah itu adalah untuk melindungi hak alimoni wanita Saudi.
A
A
A

RIYADH - ARAB SAUDI. Peraturan baharu di Arab Saudi ditetapkan untuk menghentikan wanita diceraikan tanpa pengetahuan mereka.

Bermula hari ini, mahkamah memerlukan pihak lelaki untuk memaklumkan wanita menerusi mesej teks mengenai keputusan yang mengesahkan perceraian mereka.

Langkah itu dijangka menamatkan perceraian rahsia, kes di mana lelaki menamatkan perkahwinan mereka tanpa memberitahu isteri mereka.

Selain itu, arahan tersebut memastikan wanita sedar tentang status perkahwinan dan melindungi hak alimoni mereka.

Peguam Samia al-Hindi berkata, ramai wanita telah memfailkan kes berhubung diceraikan tanpa pengetahuan mereka.

Keputusan baharu itu adalah sebahagian daripada pembaharuan ekonomi dan sosial yang dilaksanakan Putera Mahkota, Mohammed Salman termasuk membenarkan golongan wanita menonton perlawanan bola sepak dan bekerja dalam bidang disediakan untuk lelaki. - BBC

Artikel Berkaitan: