Kelantan, Terengganu sekadar seri 1-1

Kesebelasan utama Kelantan pada aksi persahabatan menentang Terengganu FC I di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Foto : Hazmin Hussin
Kesebelasan utama Kelantan pada aksi persahabatan menentang Terengganu FC I di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Foto : Hazmin Hussin
A
A
A

KELANTAN sekadar seri 1-1 dengan Terengganu pada aksi persahabatan pra musim di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Beraksi di hadapan 1,500 penyokong setia, Kelantan bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan pelawat seawal minit ke-13 menerusi tandukan Igor Zonjic.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan.

Gol yang ditunggu-tunggu menjelma jua pada minit ke-31 menerusi rembatan jarak dekat Muhammad Danial Haqim Draman.

Bersambung babak kedua, Terengganu mempertaruhkan barisan terkuat dengan memasukan dua tonggak import utama Lee Tuck dan Tchetche Kipre untuk menambah sengat di bahagian serangan.

Namun begitu, barisan muda Kelantan bijak bertahan untuk mengekang serangan bertali arus lawan.

Bagaimanapun, keputusan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Artikel Berkaitan: