The Addams Family kembalikan kenangan zaman kanak-kanak

No Image Caption
A
A
A

BAGI mereka yang membesar pada awal tahun 1980 sehingga 1990-an, naskhah The Addams Family barangkali tidak asing dalam ingatan.

Bermula dengan lukisan komik oleh Charles Addams mengenai keluarga misteri dan pelik pada tahun 1983, The Addams Family mempertaruhkan kisah empat ahli keluarga iaitu Gomez Addams (bapa), Morticia Addams (ibu), Wednesday Addams (anak perempuan) dan Pugsley (anak lelaki) terus berkembang daripada drama animasi bersiri ke layar perak.

Malah sejak 31 Oktober lalu, Metro-Goldwyn-Mayer mengembalikan nostalgia peminat naskhah itu dengan membawakan filem animasi 3D, The Addams Family di pawagam seluruh Malaysia dan selepas dua minggu, filem tersebut masih ditayangkan dan mendapat sokongan positif.

Sama seperti mana-mana keluarga, Wednesday turut berdepan konflik bersama ibunya.
Sama seperti mana-mana keluarga, Wednesday turut berdepan konflik bersama ibunya.

The Addams Family mengisahkan tentang Gomez Addams dan Morticia Addams yang dianggap pelik, psiko dan menyeramkan, tinggal di sebuah suaka yang dahulunya merupakan sebuah hospital sakit jiwa. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Wednesday dan Pugsley dan membuat keputusan untuk berpindah mencari penempatan baharu di New Jersey bersama penjaga mereka, Lurch. Kehidupan mereka berubah selepas kawasan tempat tinggal mereka dibangunkan dan keluarga Addams ini perlu membiasakan diri untuk tinggal bersama manusia normal yang lain.

Berikut Sinar Harian kongsikan lima sebab anda perlu menonton filem The Addams Family, edaran United International Picture di pawagam.

1.Diarahkan oleh Conrad Vernon bersama Greg Tiernan, filem animasi itu menampilkan ramai pelakon berbakat besar meminjamkan suara mereka untuk watak penting dalam filem ini. Antaranya adalah Charlize Theron sebagai Morticia Addams, Chloë Grace Moretz(Wednesday Addams),Oscar Isaac (Gomez Addams), Conrad Vernon (Lurch) dan Snoop Dogg (sepupu Itt).

2. Biarpun tampak seram dan misteri, namun pada asasnya filem itu adalah sebuah karya yang mempunyai unsur komedi dan sarat dengan mesej berguna. Banyak babak melibatkan keluarga itu membuatkan penonton tidak kering gusi dengan aksi spontan mereka.

Artikel Berkaitan:

Filem The Addams Family mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak bagi mereka yang membesar pada tahun 1980-an hingga 1990-an.
Filem The Addams Family mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak bagi mereka yang membesar pada tahun 1980-an hingga 1990-an.

3. Setiap karakter itu ada keistimewaan tersendiri, kemungkinan juga dengan penglibatan pelakon berbakat besar, maka setiap lontaran skrip dan emosi itu dapat diselami dengan begitu baik.

4. Filem itu juga mengajar penonton untuk bersikap terbuka dan tidak menilai seseorang itu menerusi penampilan luarannya sahaja. Bukan itu sahaja, The Addams Family juga menerapkan unsur-unsur mengenai hubungan kekeluargaan dan juga persahabatan.

Cinta Gomez dan Morticia bertaut sejak sekian lama.
Cinta Gomez dan Morticia bertaut sejak sekian lama.

5. Hasil kerja animasi yang cukup kemas. Kalau anda biasa menonton filem animasi luar negara, anda pasti tahu bagaimana hasilnya. Walaupun hitam putih banyak menjadi warna latar di dalam filem ini, tetapi ia diadun dengan cukup kemas untuk menarik perhatian penonton. Filem ini bukan hanya sesuai ditonton oleh kanak-kanak tetapi golongan dewasa juga.

Antara babak di dalam filem The Addams Family.
Antara babak di dalam filem The Addams Family.