Bajet NS 2019: Banyak berita baik untuk rakyat

Belanjawan 2019
Belanjawan 2019
A
A
A
SEREMBAN – Banyak perkara menarik akan diumumkan pada Bajet Negeri Sembilan 2019 pada Disember ini, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Katanya, Bajet Negeri Sembilan 2019 akan dibentangkan pada Persidangan Dun pada 17, 18 dan 19 Disember ini.

"Sama-sama kita tunggu...insya-ALLAH Saya rasa bajet kali ini adalah satu bajet yang menarik yang akan memberikan berita baik, bukan sahaja kepada penjawat awam, tetapi juga kepada masyarakat negeri ini keseluruhannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, banyak perkara baik yang akan diumumkan pada bajet kali ini demi memastikan kesejahteraan rakyat negeri ini.

"Kita akan pastikan untuk membantu semua golongan termasuk golongan B40 khususnya.
Artikel Berkaitan:


"Oleh itu, sama-sama kita tunggu pembentangan bajet itu nanti pada Disember ini," katanya.- Bernama