[VIDEO] Ingatkan lesap dah iPhone 11, rupa-rupanya...

Tangkap layar video yang memaparkan Hasan yang pada mulanya mengesyaki penghantar barangan, Gojek melencong mengambil telefon pintarnya namun sebenarnya berniat untuk pergi menunaikan solat.
Tangkap layar video yang memaparkan Hasan yang pada mulanya mengesyaki penghantar barangan, Gojek melencong mengambil telefon pintarnya namun sebenarnya berniat untuk pergi menunaikan solat.
A
A
A

JAKARTA - Hasrat bintang YouTuber terkenal Indonesia ingin menguji kejujuran penghantar barang, Gojek membuatkan dirinya sendiri sebak.

Video yang dikongsi oleh hasanjr11 di YouTube memaparkan Hasan melanggan perkhidmatan penghantaran Gojek bagi sebuah telefon pintar berjenama iPhone 11 untuk dihantar ke rumah rakannya.

Hasan kemudian bertindak mengekori pemuda berkenaan dan mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila pemandu Gojek itu tidak mengikut laluan yang sepatutnya.

Perkongsian Hasan di YouTube miliknya tular di media sosial yang meraih lebih daripada 3 juta tontonan.
Perkongsian Hasan di YouTube miliknya tular di media sosial yang meraih lebih daripada 3 juta tontonan.

Namun sangkaan Hasan nyata meleset apabila mendapati pemuda yang membawa iPhone 11 miliknya berhenti seketika untuk menunaikan solat di sebuah surau berhampiran.

Setelah tiba di destinasi yang ditetapkan oleh Hasan, pemuda terbabit berjumpa semula dengan Hasan dan turut meminta maaf kepadanya atas kelewatannya kerana menunaikan solat terlebih dahulu.

Dek kerana kejujuran pemuda itu, Hasan memberikannya 1 juta rupiah (RM294.67). Reaksi pemuda itu nyata buat siapa yang melihat tersentuh.

Bukan hanya mengucapkan terima kasih namun pemuda itu turut sujud syukur di atas pemberian tak terduga itu.

Artikel Berkaitan:

Rata-rata netizen memuji kejujuran pemuda Gojek dan Hasan yang baik hati.
Rata-rata netizen memuji kejujuran pemuda Gojek dan Hasan yang baik hati.

Perkongsian video yang berdurasi 13 minit 15 saat itu mendapat lebih daripada 3 juta tontonan dan rata-rata netizen bersyukur dengan kejujuran pemuda tersebut di samping memuji sikap Hasan memberi 1 juta rupiah kepadanya.

Chevtia albert menulis "Ya ALLAH, aku yang begini pun kadang-kadang lupa dan lewat untuk solat dia yang bekerja sebegini sepatutnya menghantar dahulu barang yang penting itu tetapi tetap melaksanakan solat dulu. Alhamdulillah, semoga video kali ini menjadi motivasi buat kita semua.

"Menangis aku tengok video ini bila dia bersyukur dengan rezeki ALLAH sehingga dia bersujud di hadapan Hasan. Aku 'respect' iman dia yang lebih mementingkan solat berbanding barang itu yang seharusnya dihantar dengan cepat," tulis Dahlia di YouTube.