Warga emas beri alasan baru dua bulan hisap dadah

Antara individu ditahan dalam operasi sekitar daerah Kuala Muda semalam.
Antara individu ditahan dalam operasi sekitar daerah Kuala Muda semalam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang warga emas memberi alasan baru dua bulan terlibat dalam aktiviti penagihan dadah ketika ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) semalam.

Dalam operasi terbabit lapan individu dikesan positif dadah jenis methamphetamine dan morfin manakala empat lagi dikesan positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan sekitar daerah, bermula jam 9 pagi hingga 11.50 malam tadi.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, warga emas berusia 61 tahun itu merupakan individu paling tua ditahan dan dikesan positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, kesemua 12 tangkapan berumur antara 21 hingga 61 tahun ditahan sekitar Sungai Petani, Sidam Kiri, Tikam Batu dan Kota Kuala Muda.

Operasi dijalankan AADK Daerah Kuala Muda.
Operasi dijalankan AADK Daerah Kuala Muda.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998," katanya.

Masyarakat terutama penagih dadah yang masih bebas diingatkan agar tampil ke pejabat AADK terdekat bagi mendapatkan khidmat nasihat selain disyorkan hadir secara sukarela bagi mendapatkan rawatan dan pemulihan yang bersesuaian.

Artikel Berkaitan:

"AADK Daerah Kuala Muda akan cuba memberikan perkhidmatan terbaik dalam usaha menangani isu dan masalah dadah," katanya.

Operasi bermula 9 pagi hingga 11.50 malam tadi berjaya menahan 12 individu.
Operasi bermula 9 pagi hingga 11.50 malam tadi berjaya menahan 12 individu.