Sukarelawan APM maut kemalangan

Mangsa, Mohamad Nor (gambar kecil) maut selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian tulang belakang. - Foto pembaca
Mangsa, Mohamad Nor (gambar kecil) maut selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian tulang belakang. - Foto pembaca
A
A
A

PULAU PANGKOR - Seorang sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) unit Pangkor maut dalam kemalangan di Jalan Teluk Dalam di sini hari ini.

Mangsa, Mohamad Nor Mohd Nosi, 24, disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, kejadian berlaku jam 11.50 pagi melibatkan motosikal jenis Yamaha yang ditunggang mangsa dengan sebuah teksi jenis Nissan.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa bertembung dengan teksi yang datang dari arah pekan Pangkor menghala ke arah Kampung Teluk.

"Sampai di tempat kejadian dipercayai penunggang motosikal hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian tayar depan teksi tersebut.

"Akibat kemalangan itu penunggang motosikal cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Hanif berkata, mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian tulang belakang manakala pemandu teksi berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: