Sayu, bapa tak mampu bayar gambar konvo tadika anak

Perkongsian Irwan di Twitter kini meraih 22,000 ulang kicau dan 17,100 tanda suka.
Perkongsian Irwan di Twitter kini meraih 22,000 ulang kicau dan 17,100 tanda suka.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis graduasi bukan hanya diadakan untuk pelajar institusi pengajian tinggi tetapi sudah menjadi trend ketika ini kerana turut melibatkan kanak-kanak di tadika atau prasekolah.

Perkongsian seorang individu yang bertemu dengan seorang bapa yang mengalami masalah kewangan untuk menunaikan permintaan anaknya mengambil gambar ketika graduasi mengundang kesedihan warganet.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Irwan yang menggunakan akaun @akuskizo di Twitternya.

Irwan menceritakan seorang bapa terpaksa mengajak anaknya untuk pulang ke rumah selepas tidak mampu membayar kos bergambar yang berharga RM20.

"Lepas konvo, ibu bapa yang nak abadikan gambar anak, pergi ke belakang backdrop khas dan ketika melihat jurukamera menyediakan Ali untuk bergambar, ada seorang abang ini bertanya tentang pakej bergambar yang ada pada peniaga.

"Bisikan suruh aku ikut abang itu dan anaknya. Aku ikut dia sampai ke luar dewan dan anaknya bertanya nak pergi mana, abang itu jawab nak balik. Anaknya muka sayu kerana ingin ambil gambar macam kawan-kawan lain.

Irwan berkata, lelaki itu memberitahu dia tidak membawa duit dan terus menuju ke arah motosikal mereka.

"Aku capai dan pegang lengan anaknya. Jom ambil gambar. Pak cik belanja. Abang tu pandang dan baru perasaan aku ada di belakang. Dia pandang aku dan aku senyum. Aku berkata sekali sekala abang, anak abang kawan anak saya.

Artikel Berkaitan:

Antara reaksi netizen yang sebak dan tersentuh dengan perkongsian Irwan.
Antara reaksi netizen yang sebak dan tersentuh dengan perkongsian Irwan.

"Lepas ambil gambar, abang tersebut cuba nak memberitahu sesuatu tapi aku senyum dan cakap, tidak mengapa saya pun pernah jadi orang susah. Abang itu terus peluk aku dan menangis," tulisnya.

Irwan berkata, lebih memilukan lelaki tersebut yang bekerja sebagai buruh kimpalan sanggup meminjam motosikal majikannya untuk menghadiri majlis graduasi anaknya dan selepas itu dia akan ke Kuala Pilah kerana mempunyai urusan di sana.

"Muda lagi abang itu dan aku pesan teruskan berusaha untuk keluarga, jangan lemah semangat hanya disebabkan keadaan keluarga pada hari ini. Ini sekadar fasa dan jika berusaha dengan kuat, pedih hari ni akan jadi kenangan paling manis suatu hari nanti," tulis Irwandi Twitternya.

Perkongsian tersebut kini tular di media sosial yang meraih 22,000 ulang kicau, 17,100 tanda suka dan rata-rata warganet tersentuh dengan perkongsian tersebut.

"Sayu saya rasa, Alhamdulillah kewangan aku masih mampu bagi segala keluarga nak. Kadang nilai RM20 kecil bagi kita namun mereka yang lain mungkin sangat besar dan bermakna. Insya-ALLAH kalau yang berkemampuan, teruskan bersedekah, rezeki pasti melimpah," tulis @hidayatzev

@FieraBabyBoo pula memberitahu: "Aku menangis membaca ini. Semoga dipermudahkan uruskan untuk kita semua. Semoga kuat berusaha untuk anak-anak dan diperluaskan rezeki yang melimpah ruah."