Lelaki ugut nak tembak anak saudara dijel

Mohd Azree dikenakan hukuman tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah mengugut mahu menembak anak saudaranya menggunakan senapang angin.
Mohd Azree dikenakan hukuman tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah mengugut mahu menembak anak saudaranya menggunakan senapang angin.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Padah mengugut mahu menembak anak saudara menggunakan senapang angin, seorang lelaki dijatuhi hukuman tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Keputusan dibuat selepas tertuduh, Mohd Azree Abdullah@ Wahab, 35, mengaku bersalah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Azree didakwa mengugut mahu mencederakan mangsa, Borhan Sulaiman, 28, menggunakan sepucuk senapang angin di tepi jalan rumah Lorong Gagak, Kampung Durian Burung, di sini, lebih kurang jam 6.30 petang, pada 29 Oktober lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood, manakala tertuduh tidak diwakili peguam

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, mangsa bersama isterinya yang menaiki motosikal ada terdengar bunyi objek terpelanting berhampirannya setiba di lokasi dan mangsa melihat bapa saudaranya iaitu tertuduh menghampiri sambil memegang selaras senapang angin sebelum sempat bertanya sama ada tertuduh ada menembaknya sebelum itu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku dia sengaja hendak menembak mangsa.

Artikel Berkaitan: