Wanita kongsi pengalaman nyaris dipukau di stesen LRT

Enson sempat merakam gambar lelaki itu ketika di LRT.
Enson sempat merakam gambar lelaki itu ketika di LRT.
A
A
A

PUTRA HEIGHT - Seorang wanita didakwa nyaris dipukau lelaki tidak dikenali selepas ditegur di stesen LRT Putra Height.

Perkongsian itu dimuat naik di Facebook Enson Teh sebelum tular di laman sosial.

Enson memberitahu, kejadian itu berlaku pada 4 November ketika dia sendirian menuju ke stesen Sentul Timur.

"Masa jam 3 petang, sedang tunggu LRT, saya ditegur lelaki sudah berusia bertanyakan lokasi ke Puchong Prima. Saya hanya jawab ya dan boleh ke sana menaiki LRT Putra Height.

"Selepas itu, kami tidak berbual dan dia berdiri di hadapan saya untuk tunggu LRT. Tiba-tiba dia paling ke arah saya dan menunjukkan tangannya.

"Dia tanya tangan dia kotor ke tak, waktu itu saya tidak dengar sangat kemudian dia tanya sekali lagi," jelasnya.

Kata wanita itu, sebaik melihat tangan dan memandang mata lelaki tersebut, secara tiba-tiba dia mengalami pening kepala dan sukar untuk bernafas.

"Ketika itu saya seperti bingung, pening dan mujur saya sedar awal yang lelaki itu cuba untuk pukau saya, cepat-cepat alihkan pandangan ke tempat lain.

Artikel Berkaitan:

"Mujur ketika itu kereta api dan sampai dan saya terus naik, lelaki itu juga mengekori dari belakang, duduk dengan saya.

"Tapi saya cepat-cepat beredar ke tempat duduk lain walaupun ketika itu kepala sangat pening. Saya meminta bantuan kepada dua lelaki Melayu dan terangkan apa yang berlaku," tulisnya.

Melihat wanita itu meminta pertolongan, lelaki berkenaan duduk berjauhan namun masih tetap memandang wanita berkenaan.

"Paling penting ketika saya turun, dia tidak ikut. Saya bernasib baik dan berjaya melarikan diri," katanya.

Bimbang kejadian itu menimpa wanita lain, Enson memberi nasihat agar lebih berwaspada kepada individu tidak dikenali ketika bersendirian.

"Jika anda berdepan situasi seperti ini, perlu tenang dan minta bantuan dari orang lain. Sebaiknya jauhkan dengan individu itu elak perkara buruk berlaku," katanya.