Henley & Partners nafi Jho Low pelanggan mereka

Jho low
Jho low
A
A
A

KUALA LUMPUR – Broker Henley & Partners menolak dakwaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low merupakan pelanggan syarikat berkenaan.

Memetik laporan sebuah portal berita, bagaimanapun syarikat itu mendakwa Jho Low pernah menghubungi mereka pada 2015 namun permintaannya telah ditolak.

“Jho Low tidak pernah menjadi pelanggan Henley & Partners dan apa yang ditulis dalam pelbagai artikel adalah bercanggah.

“Namun dia pernah menghubungi Henley & Partners pada 2015 tetapi firma kami enggan menerima Jho Low sebagai pelanggan.

“Adalah salah mendakwa Henley & Partners membantu Jho Low mendapatkan kewarganegaraan Cyprus," katanya.

Menurut firma berkenaan, syarikat itu tidak pernah didekati oleh mana-mana organisasi media terlebih dahulu bagi pengesahan.

“Para pelanggan tertakluk kepada pemeriksaan yang ketat sebelum permohonan mereka diserahkan untuk pertimbangan negara berdaulat.

“Untuk mendapatkan kewarganegaraan Cyprus, Jho Low atau dalam kes-kes lain, Kerajaan Cyprus yang bertanggungjawab terhadap pemprosesan dan kelulusan permohonan kewarganegaraan.

Artikel Berkaitan:

“Lebih-lebih lagi, kerajaan berada dalam kedudukan untuk membatalkan sebarang kewarganegaraan yang diberikan di bawah program mereka jika terdapat representasi yang salah oleh pemohon," katanya.

Jho Low yang lari daripada pihak berkuasa Malaysia sejak 2015 didakwa memiliki beberapa pasport.

Semalam, akhbar Politis melaporkan, Henley & Partners didakwa membantu Jho Low mendapatkan kewarganegaraan Cyprus dengan mendepositkan wang tunai berjumlah lima juta euro (RM23 juta) dan membeli hartanah bernilai sekurang-kurangnya 500,000 euro (RM2.3 juta).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!