Pelajar IPT didakwa lakukan amang seksual

Tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Tertuduh yang berusia 21 tahun itu membuat pengakuan di hadapan Hakim Nooriah Osman setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, pelajar IPT itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan meraba punggung kanak-kanak berkenaan pada 25 Januari lalu kira-kira jam 5 petang di sebuah rumah di Losong.

Sebaik pengakuan tidak bersalah direkodkan, Nooriah menetapkan tarikh sebutan semula pada 27 Disember depan untuk serahan dokumen dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.