Guardiola tetap turunkan pasukan terkuat

Guardiola mengakui gembira dengan prestasi semasa pemainnya dan percaya mampu meraih kemenangan ke atas Atalanta
Guardiola mengakui gembira dengan prestasi semasa pemainnya dan percaya mampu meraih kemenangan ke atas Atalanta
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak akan merehatkan pemainnya ketika aksi Liga Juara-Juara menentang pasukan Itali, Atalanta di San Siro awal pagi Khamis.

Menurutnya, dia akan tetap menurunkan barisan terkuat dan menyangkal akan menyimpan pemain bagi mengharungi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool, Isnin ini.

Malah, Guardiola menegaskan dia mengambil serius perlawanan menentang Atalanta dan ia menjadi medan buatnya menyediakan pemain untuk menghadapi The Reds.

“Anda fikir kami boleh menang empat piala musim ini sekiranya memilih perlawanan untuk menang? Saya akan menurunkan pemain terbaik ketika menentang Atalanta dan selepas itu kami akan ke Anfield.

"Cara terbaik untuk berhadapan dengan Atalanta adalah dengan corak permainan ketika menentang Southampton dan cara terbaik untuk ke Anfield adalah dengan menang ke atas Atalanta.

"Pasukan Itali itu pernah menentang pasukan terkuat dalam Serie A dan mampu menjaringkan banyak gol. Jika kami mampu tewaskan Atalanta maka kami mampu tewaskan Liverpool," katanya.

City ketika ini berada di kedudukan pertama Kumpulan C dalam saingan Liga Juara-Juara dan hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

Dalam masa sama, Guardiola mengakui gembira dengan prestasi semasa pemainnya dan percaya mampu meraih kemenangan ke atas Atalanta.

Artikel Berkaitan:

"Namun, ia bukan mudah kerana kami bermain di tempat lawan. Bermain di Itali bukan sesuatu yang menyeronokkan kerana penyokong dan suasana di sana memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

"Kami juga menghadapi beberapa krisis kecederaan dengan David Silva turut menjadi pemain terbaru yang cedera," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!